ANAK TAHFIZ



Assalamualaikum

Alhamdulillah. Bagus nya budak2 tahfiz ni.

Kita duduk tengok diorang mengaji.

Diorang datang salam kita. Cium tangan.

MasyaAllah!!

Subhanallah. indahnya akhlak anak2 ni yg ikut ajaran sunnah Nabi Muhammad SAW!

Pakai jubah dan serban.

siang dan malam hafal ayat quran.

Beruntunglah mak ayah mereka moga dpt syafaat anak2 hafiz ni.

Siyes bangga. Dengan mereka anak2 syurga 😇😇

Moga anak2 kita nanti dapat jadi mcm diorang ni jugak.

TIPS PERKAHWINAN (5 PETUA KELUARGA BAHAGIA)


TIPS PERKAHWINAN (5 PETUA KELUARGA BAHAGIA) 

1) Hormati pasangan anda.

Jika ada sebarang ketidakpuas hatian anda terhadap pasangan. Jangan bersikap panas untuk terus menghembur pasangan. Sebaliknya, tarik nafas dan cuba bicara berdua di dalam nada yang lembut supaya pasangan anda tidak rasa tercabar dengan pendapat serta luahan anda mengenai perasaan rasa tidak puas hati tersebut. Hormat suami sebagai ketua keluarga. Serta hormat isteri sebagai peneman serta ibu kepada anak-anak anda.

2) Luahkan rasa cinta anda terhadap pasangan setiap hari

Tahukah anda, dengan hanya mengatakan anda sayang dan cinta itu telah boleh merubah hati yang suram kepada hari yang indah dan penuh dengan bunga-bunga? Rendahkan ego dan rasa malu. Katakan pada pasangan bertapa indahnya hidup anda memilikinya sebagai teman hidup. Pujilah jika mereka tampak kacak dan cantik dari hari biasa. Jangan segan untuk berjalan berpegang tangan ketika berjalan berdua di luar. Kerana dengan luahan ini, telah menjadikan hubungan anda dan pasangan penuh dengan bunga cinta.

3) Hargai pasangan anda

Mungkin setelah sekian lama bersama, 1001 perangai pasangan anda telah anda ketahui. Sesungguhnya tiada insan sempurna di dalam dunia. Jika ada sebarang rasa negative, gantikan fikiran dengan fikirkan perkara baik dan positive yang telah dia dan anda lakukan bersama, atau yang telah dia lakukan untuk anda. Jangan cuba mengubah seseorang. Nilai dan pandanglah diri sendiri terlebih dahulu di dalam cermin, buat penilaian diri. Layakkah anda mengubah pasangan anda? Hargai kehadiran mereka. Ucap terima kasih dengan setiap apa dilakukan dan sentiasa memberikan kata cinta supaya dengan ini mereka rasa dihargai dan kewujudan mereka disedari. Jika anda mempunyai rezeki lebih, berikan pasangan hadiah tanda terima kasih anda kerana kehadirannya di dalam hidup anda.

4) Komunikasi antara pasangan
Oh wanita mahupun lelaki, keduanya mempunyai ego tersendiri. Siapa kata ego lelaki tinggi? Perempuan tidak terkecuali. Jadi, untuk menjadikan perkahwinan anda dan pasangan indah dan bahagia, terapkan nilai hormat di dalam diri masing-masing. Jangan sesekali meninggikan suara untuk menunjukkan siapa benar dan siapa salah. Dan di dalam perkahwinan juga tiada istilah anda adalah boss. Meskipun suami adalah ketua keluarga. Tetapi kaum Adam harus peka, dengan kuasa yang anda ada, jangan tersalah guna. Untuk kaum Hawa pula, jangan mudah marah dan menyalahkan pasangan. Komunikasi amat perlu untuk membantu anda dan pasangan saling memahami antara satu sama lain. Luahkan rasa anda supaya tiada apa yang terpendam di dalam hati. Jika pasangan anda mempunyai masalah, jadilah bahu dan telinga mereka. Dengar setiap apa yang mereka luahkan, nasihat jika perlu.



5) Wujudkan suasana romantik di rumah
Kebersihan amat lah penting. Bersihkan rumah anda. Jika ada kelapangan, ajak pasangan anda bersama lakukan aktiviti mesra di rumah. Seperti masak bersama, kemas rumah bersama dan lain-lain lagi. Kepada kaum Hawa, jagalah kebersihan suami anda. Kebersihan diri mereka. Makan, pakaian serta kebersihan diri seperti rambut, wangian badan, jambang dan etc. Gunakan panggilan mesra antara anda dan pasangan di mana sahaja anda berada. Supaya rasa sayang itu sentiasa ada di dalam setiap kata dan perbualan anda.

Ini antara tips yang boleh admin kongsikan agar anda dan pasangan lebih bahagia. Paling penting, pasangan haruslah pandai memainkan peranan masing-masing dan mengetahui tanggungjawab yang digendong. Kebahagiaan hubungan anda sebenarnya terletak pada anda sendiri. Jangan berhenti mencuba jika anda rasakan rasa mesra dahulu, yang pernah anda rasa telah hilang.

Teruskan mencuba. Paling utama, jangan putus berdoa kepadaNya. Kerana Dia Maha Kuasa, Maha Mengetahui. Kepada pasangan yang baru sahaja melayari bahtera cinta, rasa kasih dan sayang yang membuak-buak di mana anda merasakan dunia ini hak milik anda, jangan terus hilang rasa itu. Pegang dan kunci rasa itu, biar selamanya begitu.

Percayalah, anda mampu bahagiakan hubungan anda! Semoga berjaya!

SEKEPING HATI


SEKEPING HATI

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Dgn lafaz bismillah. Selawat ke atas junjungan mulia. Allahumma solli ala muhammad.

Jiwa dan hati yg mendambakan kasih dan cintaMu

Ini harapan dan doa hamba keatas tuhanNya

Bismillah. Tuhan. Hati ini terlalu menginkan dilengkapi

Dari segi zahir dan rohani. Aku anak cucu nabi Adam alaihi salam.

Yang mana baginda dikurnia berada di dalam syurga dgn nikmatnya

Namun Tuhan Maha Mengetahui sepi di hati baginda lalu dikurnia hawa sebagai isteri dan teman yg setia

Tuhan aku tak mintak sesuatu yg kau tak redha. Sesuatu yg menyalahi syariat atau sunnah NabiMu.

Aku hanya mahu dan berusaha melakukan sesuatu yg insyaAllah akan mendapat redha Allah.

Tuhan. Kau tau ukuran kekuatan ku. Kudrat tenaga. Aku lelaki yg perkasa. Dgn izinmu. 

Segala yg Kau ciptakab berpasang. Namun aku aku hanya sekeping hati.

Maka dimana sekeping lagi hati?

Tuhan aku ingin memberi cinta dan setia

Aku. Mengingin memberi pimpinan dan kasih sayang

Aku mau berikan jiwa dan raga untuk yg setia

Aku mau teman saat susah dan senang

Bahagia dan hina miskin atau kaya

Ada wajah yg bisa aku tatap. Dan pandanh

Yg mencium tanganku dan menanti kepulanganku

Tuhan aku rindu dia. Demi Allah. Aku rindu suasa itu

Aku ingin merasainya kembali. Kau tau penat lelahku disini.

Berikan aku bahu untuk bersandar.

Yang. Hanya aku mau ajak untuk. Bersujud.

Yang mematuhi taat kepadaku

Dalam lingkungan yg dibenarkan

Tak lain hanya kepadaMu aku ingin membawanya

Bersama kepimpipan berasas agama. Sunnah dan kitab Allah.

Yg bisa bersama. Dalam usaha ketaatan kepadaNya.

Tuhan Yang Maha Mendengar

Impian dan doa ni

Kau Maha Mengetahui

Hasrat dan impian hatiku

Untuk. Memilikinya.

Dgn izinmu.

Dgn. Masa pinjam Mu.

Izinkan aku mgencapinya. Sebelum. Ruh ku terpisah dari jasad.

Aku mau zuriat penerus perjuanganku. Anak2 ku yg soleh solehah.

Aku nak kalian mengikuti aby kerana aby mengikuti Sunnah Nabi Allah.

Yang. Dimana kejayaan terdapat padanya

Ya Allah. Moga kabulkan doa aby. Aamiin.

ALANGKAH INDAH 2

ALANGKAH INDAH (REPOST)
Bismillah... Ya Allah.. aku senyum... aku bayangkan masa dpnku.. bersama isteri tercintaku.. isteri solehahku... Ada susuk tubuh indah itu.. disebelah ku.. dalam anganku.. tidur lena dia di pangkuanku.. Pasti tak berdaya untuk aku mengejutnya... walau perutku "berjaga" senyum 
Wahai Allah. Indahnya aku sebagai anak Adam. Sesuai dgn fitrah ciptaanMu.. Kau ciptakan segala sesuatu dgn berpasangan... Sungguh hebat ciptaan kau yg Maha Esa... dan kau saja yg Maha Esa
Aku tak perlu kata.. dan kau sudah tau.. segalanya.. dalam hatiku... Bayangan dan angan2 yg selalu bermain di mindaku.. Saat aku diberi teman setiaku
Oleh Allah taala.. Teman agamaku
Teman susah senangku.
Teman melayan segala kerenahku
Ibu kepada zuriatku.. Alangkah indah.. Hidup berpasangan 
Aku tak mau lagi bersendirian.

Aku mau melengkapkn agamaku.
Aku mau segera kumpul pahala.
Aku mau bersama dia. Isteriku.
Mencari redha Allah taala.. Saat solat tahajadku.. Ada dia di belakangku... Saat menuntut ilmu... Ada dia disisiku... Peneman setiaku .
Pelengkap agamaku.. Antara impian terbesarku.
Aku sangat menginginkannya Ya Allah.. Aku tersangat maukannya.. Hatiku bahagia... Semuanya berpahala.. Aku mendapat redhaMu.. Pandangan kasih sygMu.. Dgn itu... Ya Allah.. tersenyum aku.. Betapa aku mauka  itu semua.. Hidup bagai ahli syurga di dunia.. Tiada percakapan kecuali yg indah... Tiada kekasaran kecuali kelembutan.. Tiada sentuhan kecuali pelukan.. dan kasih syg.. Ya Allah.. kabulkan.
Aku yakin.. Kau akan kabulkan.. Ini semua untukMu Ya Allah... Hidup dan matiku.. untukMu Ya Allah.. Bersama peneman setiaku..


Surat Untuk My Future Wifie


Bismillah. Allahuakbar.

pagi ni rasa macam lain macam siket.

macam ada orang rindu kat aku. mungkin kekasih gelapku. 

tetapi aku pasti future wife aku merindui aku kerana aku sangat merindui dia di saat ini... 

 ----------------------------------------------------


---------------------------------------------


wahai  future wife.

tahukah kau bahawa aku sangat merinduimu ?



------------------------------------------


wahai  kekasih  ku.

sungguh aku rindu kamu.

tahukah kau cintaku kepada mu kerana Allah.



----------------------------------------


Wahai kekasih yang aku damba.

Aku berusaha akan menjadi pembimbing bagi dirimu. penyelamat mu. dan penghibur bagi mu.



-------------------------------------


wahai kekasih tercinta.

aku berjanji. aku akan berusaha sekuat aku.  untuk membimbing mu. dan akan ku bawa kau menuju ke Jannah Insha Allah.


--------------------------------------


Wahai kekasihku.

yang aku belum ketahui siapa dirimu. jika dirimu berasa keseorangan. ketahui lah. aku sedia disini untuk mendamping dirimu. mendengar keluhanmu.

Jadikan lah bahu ku ini sebagai tempat kau bersandar. tempat di mana kau boleh luahkan segala terpendam di hatimu. dukamu. sukamu. tangismu. aku mau kau kongsi semua itu dengan ku.


-----------------------------------


wahai kekasihku.

tahukah kau. sungguh.  dalam perhubungan kita tiada yang lebih aku utamakan. melainkan dirimu.


aku akan berusa memberi lebih perhatian kepada mu. berbanding lebih kepada kawan2 lelaki ku. Insha Allah.

--------------------------------------

wahai wajah yang aku selalu dambakan.

aku mahu kau tahu. aku tak lebih dari mu. dan kau tidak lebih rendah dari ku. kita adalah sama dalam perhubungan kita.



------------------------------------------


wahai pujaan hatiku.

aku mau berserderhanaan dalam kekeluargaan kita. dalam hubungan ni. aku mahukan toleransi bagi kedua pihak. bukan aku. tapi kau dan aku. kita. berdua. kerana dalam hubungan ini. aku tidak keseorangan. aku ada engkau. 



--------------------------------------


wahai wajah kasih yang tenang.

kalau mereka mengatakan lelaki akan berubah selepas berkahwin dan berkerluarga.  aku berjanji kepadamu. sungguh aku tidak mau berubah kerana Allah.

dan kerana Allah. aku menikahi mu. mengahwini mu. menyanyangi mu wahai kekasihku.

sungguh rumah tangga bukanlah selalunya indah... tapi aku mahu kau dan aku berusaha. untuk menjadi kannya hubungan  kita diredhai Allah Azza Wajalla.



------------------------------------


wahai sebelah jantung hatiku..

dalam perhubungan ini. aku mahu kau patuh kepadaku. tapi aku juga perlu mendengar nasihat darimu.

aku tahu aku juga perlu mendengar coretan hati mu. kerana aku tahu kau selalu memikirkan tentang diriku.

----------------------------------

wahai cintaku.

aku mahu persefahaman dalam hubungan kita.

ketahuilah bila kita marah. kau dan aku.  akan mungking selalu mengguris hati satu sama lain.

tapi aku mahu perserfahaman dan tolak ansur sebagai tunjang hubungan ini. jadikanlah sifat memaafkan di antara satu sama lain.

sungguh kau satunya wanita yang aku kagumi. yang aku cinta. yang aku kasih.

-------------------------------------------------


--------------------------------------

wahai future wife.

dengarlah. ketahuilah. aku cinta kamu kerana Allah.

walau aku bukan manusia sempurna. walau aku bukan Mulia dan aku bukan Pemimpin yang adil seperti Baginda Rasulullah.

akan aku jadikan sunnah Baginda sebagai panduan bagi keluarga kita.

Aku mahu. keluarga kita menjadi keluarga yang menjaga solatnya. menjaga hubungan dengan Allah Azza Wajalla.

Aku mahu keluarga kita bangun di tengah untuk bertahajjud kepada Sang Pencipta.

  dan yang paling penting.. aku mahu kau cinta aku kerana Allah. 

kerana sunnguh aku cinta kamu Allah. 



-------------------------------------------


wahai kekasihku.

yang aku belum ketahui siapa dirimu.

ketahuilah. aku akan cuba menjaga diriku. menjaga kehormatan ku. menjaga hubungan ku dengan Yang Illahi. sebelum aku berjumpa dirimu. Insha Allah.

dan bila masa itu dah sampai. Insha Allah. tak akan aku tangguh untuk menikahimu.

Untuk aku menjadikan Kamu yang halal bagiku. untuk aku memanggilmu "isteriku"



------------------------------------------------


wahai kekasiku. walau dimana kau berada.

Sembahlah Allah. Cintailah Rasul. Ikutilah bimbingan ku ini. cintailah diriku sepenuh hati mu. namun jangan kau cinta aku lebih dari Allah dan Rasul.

Letaklah Allah Dan Rasul di tempat tertinggi di hatimu.

----------------------------------------------

jagalah kehormatan mu bila ketiadaan ku.


jagalah keturunanku. 

jika dikurniakan.

sayangilah mereka.

didiklah mereka dengan ilmu agama.

didiklah mereka dengan iman.

didiklah mereka dengan kasih sayang


janganlah kita bertelenggkah di depan mereka.

sesungguhnya aku mahu kau dan aku menjadi ibu bapa yang terbaik bagi mereka.

--------------------------------------------------------------------

sekian di sini sahaja coretan hatiku.

bagimu wahai future wife.

--------------------------------------------



P/s Dan kalau diizinkan,  Insha Allah. aku akan menyambung entry ni di kalam seterusnya..


P/s Macam Ada Angin yang mengillhamkan aku untuk menulis entry ni... 

dan ya... aku ada kasih sayang... untuk future wife aku :)

KELAKAR



Bismillah. Allahuakbar.

aku dengan rendah hati. mengatakan dengan syukur yang tak terhingga. aku. masih. hidup.

Alhamdulillah.

----------------------------

so erm, apa yang hang nak cakap dalam entry ni ? hang tak dak life ka ?

kah. aku ? takda. puh-lease. kau tak pernah jumpa aku in real life apa kau tau :)

you'll be suprised how awesome i am once you get to know me.

serious. and siyes perasan there.

abaikan.

---------------------

jadi erm, aku erm, well aku ni bukanlah jiwang orangnya atau lover2. gini. siyes. yes. aku romantik, and kachakz, and baik hati.

but erm, aku dah stop dah. dah erm. bosan dengan semua tu.

kalau hang kenal aku hang tau la apasal aku bagi statement gitu.

okay so erm, well shit, ni part yang paling aku tak suka

------------------------------

part dimana aku perlu cakap pasal diri aku. siyes.

tah la. tapi erm. aku lebih selesa orang tak pandang aku dengan luaran.

siyes. sebab if a girl smile can lie.... well  i will do stone face.

what ? apakah anologi yang kau cuba sampaikan ?

------------------

erm. seperti yang aku katakan di entry lepas. gi baca kalau hang nak lepas ni okay ?

aku ni. erm laen siket. laen camne tu ? well aku dah repeat way too much yang aku ni kachaz and stuff.

tapi ada aku kata tak ? aku ni sarcastic orangnya.

----------------------------

apa natang sarcastic ? makanan kah ?

apa hang merepek ni. takda lagi ka orang hang nak sembang sampai entry ni cam cilake. kah

-----------------------------

takde la. they say sarcastic is a sing of inteligence.

tapi bagi aku. seronok kawan dengan org funny ni.

diorang boleh influence enviroment. dan diorang tak mudah biar enviroment pengaruhi diorang.

-------------------

aku bukan apa lah. tapi. tapi lah kan. macam yang aku nampak.

hangpa semua ni senang sangat ikut trend. ikut budaya.

maksud hang ? well maksud aku, ye lah. tau tak one thing aku perasan kat masjid kan.

ada kot orang tua. well tua macam 60-70 macam tu lah. diorang pakai beri2. samsung2. endroid.

-------------------

 i mean ye lah. sebagai orang muda. i was like. erm tau ke pak cik tu guna ? 

then i was like. oh mungkin anak dia bagi present kat dia atau apa. so tak kisah la.

--------------

wait. so entry ni ? pasal apa ? sheeet. kelakar.

oh. still tak lari dari tajuk. so ni kira okay la.

-----------------------------------

ehm. tah la. aku pon tak tau nak tulis pasal apa kelakar ni.

sebab orang mudah sentap dengan orang yang kelakar ni.

dan diorang mudah juga jatuh cinta dengan orang gini.

-----------------

come on, admit it you ;)

------------------------

okay so erm, smile. dont take everything too seriously.

enjoy life.

its only once. but dun forget the real reason youre here.

untuk mencari redha Allah.

okay. tamat. 

P/S : rasa cam kosong. takda point. tapi erm. ya. ni sebagai mukadimah je. lets go. next entry

ya. just realize that boy pic looks gayish. still doenst matter to me.

IMPIAN

IMPIAN 

Bismillah.

Assalamualaikum wbt.

Semua mengimpikan kebahagian rumah tangga

Hubungan yang sakinah mawaddah rahmah

Semua menginkannya dan aku salah seorang darinya

Bismillah

Senyum. Tak bisa nak ku ungkap.

Cuma bisa menulis sekadar penanda bahawa aku ada impiann yg sgt besar.

Aku tau dunia hanya sementara.

Maka aku nak kumpul pahala bersama ahli keluargaku

Aku bukan yang terbaik.

Tapi jalan yang aku pilih adalah Allah dan Rasulullah

Aku mau hidupkan sunnah di akhir zaman

Aku mau memakai serban di zaman org memndang ringan pahala sunnah.

Semestinya di waktu subuh. Dan andai ada anak lelaki. Pasti juga aku memakaikan dia.

Senyum seketika.

Aku tau purdah itu tak wajib.

Tapi aku nak sangat isteriku memakai purdah.

Bukan kerna apa. Sebab aku syg dia. Dan aku mau dia dijaga pandangannya.

Sedikit sebanyak pakaian islamik yg kami pakai akan ingatkan kami tentang Agama. Tentang Allah dan Rasulullah.

InsyaAllah. Andai Allah izin. Aku mau selalu beriadah dgn isteri dan anakku setiap petang.

Malam maghrib dan isyak aku tutup sebentar dari dunia. No tv.

Masa ni quality time untuk kami.

Dan wajib ngaji anakku dgn. Abynya (aku😊) sblm masuk waktu isyak.

Kadang anakku akan teman aku ke masjid.

Aku nak sgt anak aku dkt dgn rumah Allah.

Kadang kalau ada org alim datang.

Aku akan ajak anak dan isteri aku ziarah dan dengar ceramah.

Aku doa sgt. Isteri aku dpt teman akrab.

Sebab aku sendiri tau. 

Sepanjang pengalaman aku.

Sahabat2 baik yg aku kenali semuanya kerap ke masjid.

Atau setidaknya bila di masjid rahmat Allah akan turun kepada kami sekeluarga.

Makan jemaah. Makan dalam dulang. Makan sunnah.

Semua aku nak praktikkan.

Kerana dalam sunnah ada kejayaan.

Aku nak ajar anak aku ilmu agama dari kecik.

Supaya bila besar jadi org berguna.

Aku nak diorang jadi penghafal Quran.

Aku nak sgt syafaat penghafaz Quran mereka.

Sebab aku tak mampu jadi hafiz.

Namun aku mau anak2ku.

Aku nak diorang jadi alim ulama.

Aku sendiri akan cuba terdaya. Mengajar dan mendidik mereka.

Semampuku.

Banyaklah. Impianku.

Nanti aku share part 2 ye.

Aku nak kerja ni.

Oklah Assalamualaikum wbt.

- Aizuddin Khairudin